EHHHH BETUL KE NI!!!!!

Nampak tak tajuk post ni semua huruf besar. So maksudnya nya cerita kali ni amatla penting.  Di saat menulis blog ni pun masih terfikir2 tak sangka kami dah buat pun keputusan tu. Kami???? ya..kami iaitu aku dan helmi. So bile berkait engan helmi maksud nya masa depan kami.

Dimulakan cerita, selepas bertunang je, semangat nak mencari rumah sanagt la bkorbar2. Cari rumah untuk di beli bukan la untuk disewa. Sebab kami memegang 1 pendirian bahawa sewa rumah tu amatla membazir. Tapi kalo tak de choice tu kene gak la menyewa.

So criteria rumah yang kami inginkan adalah landed. tak kisah la teres ke, semi D ke or bunglow (macam la mampu kan nak beli bunglow). So kerja2 men search ni memg kerja aku la, pagi petang siang malam mencari kebetulan time tu kerja tak busy sgt sbb project dah nak siap. Makcik dan pakcik google la peneman sejati. Ini antara list rumah yang kami dah pergi site visit.

1)Putera Mahkota, Nilai (Teres 2 tingkat0
Time ni first time tengok rumah. So rasa macam sale person tu tak nak layan je kite orang sbb muke tak de duit. Tapi tu perasaan kami la, sale person tu ok je layan. Tak berapa berkenan sebab harga dan kawasan. Agak jauh dan di kawasan kilang.





2)Bandar Rinching, Semenyih (Teres 2 tingkat)
Sangat berkenan dengan rumah ni dengan harga dan reka bentuk. hampir nak proceed next stage tp ada        beberapa orang ahli keluarga tak setuju sebab kawasan. Semenyih memg kawasan yang sangat jem. Agak    sedih dan frust la tapi terima dan redha. teruskan usah mencari yang lain.



3)Syeksen 30, Jalan Kebun, Shah Alam (Semi D setingkat)
Rumah ni dari segi harga adalah sangat berpatutan walhal lagi murah dari teres 2 tingkat yang di semenyih      dan Nilai. Tapi lokasi nya amatla jauh dan laluan hanya menggunakan kesas. So faham2 la kesas tu macam    mana jem pada waktu kemuncak dan masuk dalam sangat la jauh. kire kawasan kampung la. Tapi kami        masih 50-50. Aku ok je tp helmi nmpk mcm tak suke. tak pe kite cari yang lain lagi.





4)Desa Restu 2, Kota Warisan Sepang (Teres 2 tingkat)
Usaha di teruskan. Seingat aku rumah ni jumpa kat MUDAH dan try2 la kol. Sale person dia cina dan tengok harga memg tak yakin takot loan tak lepas. Tp Mr.cina tu sangat bersungguh2. Dia tanya gaji kami   dan dia kata "u dont worry, kalo u btol2 nak, saya akan bg tolong loan lepas, boleh punya).. so mata mula bercahaya. Apa yang best nya Mr.cina ni memg menjalankan tanggungjawab sbg sale person. wasup aku sampai tgh2 malam tak kira masa dia tetap feedback dengan cepat. Bukan nak mengata kaum sendiri, tp sale person untuk 3 rumah sebelum ni langsung tak follow up selepas aku tgk umah. Tu jugak la salah 1 sebab kami tak meneruskan niat. 
Seterunya, tanggal 24/7 iaitu khamis, time ni bulan puasa, kami pergi la tgk rumah selepas waktu kerja dan Mr.cina ni sanggup tunggu kami sampai walopun time tu dekat kol 6 lebih. Lepas tengok rumah amatla tertarik. Lokasi pun dekat dengan jalan besar dan main reason aku nk sbb dekat dengan rumah one of akak aku. So kalo pape emergency senang la. Kalo xde beras ke garam ke bleh la datang meminjam..hahak.Dia pun baru je beli. lagi pun rumah ni dlm 70% siap. So kami terus je bayar 2k sebagai booking fees (lg 2 minggu nk kawen terbang 2k). Pejam mata jer, just pk kalo rumah ni terbaik untuk kami maka permudahlan la, kalo tidak maka tak la dapat dan time ni kami korbankan waktu berbuka sbb mencari RHB bank tak jumpa. Dari KLIA sampai ke putrajaya cari bank punya psal nak bayar booking fees. Alas je la perut dengan air mineral beli kat airport yang tahap dewa mahalnya. Tak apa la...pengorbanan..
Ini rupa rumah 1st time kami datang tgk..


rumah hampir 70%-75% siap


booking letter.

Selepas tu kami pun balik kampung untuk cuti raya dan cuti kawen. Mr.cina janji kalo xde pape masalah dlm seminggu leps raya dah bleh tahu result loan. Tapi kami x la begitu mengharap supaya kalo loan tak lepas tak la frust tertonggeng tergolek golek.

Tapi semua di permudahkan. Tarikh birthday helmi 19/8/2014, bank call bg tahu loan kami lepas. so tersangat la happy rasa mcm tak percaya plak. ni kire hadiah birthday helmi la untuk tahun ni. Ptg balik kerja nnt kita g beli kek yer sayang... 



Category: 0 comments

0 comments: