Updated life

Aduh...2 tahun blog ni tidak di jenguk...bahkan mula2 nak login tadi semua paswd dah lupa. malah email yang digunakan untuk blog ni pun dah luper. so kerja2 recover semua pun bermula. start la cari kat makcik dan pakcik google macam mana nak buat semua tu tapi dunia hujug jari ni kacang bin goreng la nak buat semua tu.

sepanjang 2 tahun blog ni tak di update banyak yang dah berlaku dan dah berubah. bah kan aku sekarang dah ada title baru.. PUAN.. wah..masih baru dan masih agak janggal dengan title tu. tapi aku bukan la keje gomen so title tu jarang di gunakan. sesekali kol customer service jela di gunakan.

So kisah kali ni nk singkap balik apa yang berlaku sepanjang tahun 2014. Rasanya 2014 ni la pencapaian yang paling banyak selama hidup ni. alhamdulilah atas segala rezki yang dikurniakan oleh NYA.

Pertama (Master)

Master telah selesai pada bulan Jan/2014. Actually segala kerja hempas pulas untuk menghabiskan master ni berlaku dr March/2012 sehingga la Dec/2014 tapi secara rasmi habis adalah Jan/14. Bulan Jan tu hanya hantar final report dan selesaikan semua assignment. Conclusion yang dapat di buat, bukan senang nak kerja sambil belajar. Banyak bende yang perlu di korbankan antaranya masa dan juga tenaga. Pape pun yahuuuuuuuuuuuu....dah habis..kita tunggu bulan April nnt untuk Convo OK..


Kedua (Dirisik)

Jeng jeng.... dirisik dan merisik bukan berbisik.. dengan siapa???? ingt lagi tak gambar yang penah aku post last 2 years time konvo degree dulu. dengan dia la.. En Helmi... tanggal 16Februari 2014 keluarga helmi datang la muar untuk merisik. tiada majlis hanya pertemuan keluarga.
Meh la tengok gambo.





inilah dia en.helmi

3) Bertunang

Meneruskan plan seterusnya adalah bertunang. Tarikh yang dipilih adalah 29 March 2014 iaitu selepas 1 bulan++ dirisik. Tarikh di pilih adalah mengikut persetujuan kedua2 belah pihak. Enjoy gambar je la..

starting dengan hantaran. ini semua hasil tangan akak aku. dia buat sekejap je.start pas maghrib then dlm kol 11 siap. buat simple je just cucuk2 bunga sbb aku x minat la hantaran deco2 buat itik la KLCC la. hihi.. bahan2 hanya simple, hanya bahan hantaran, dulang, dan fresh flower. Meh sini nak share sikit mana aku dapat bekalan bunga segar. aku beli kat 1 kedai kat bangsar. nama dia Floristika. nak cari sangat la senang dia di belakang bangunan NSTP Bangsar dan sebelah bangunan Mutiara Bangsar. Sangat la rambang mata time memilih bunga. Total duit aku hbs dlm RM200 untuk bunga hantaran 7 dulang, bunga tangan, bunga atas meja (ni akak aku mengada sesaja nak letak) n ada lebih lagi n buang jer sbb tak pandai budget lg berapa nak guna.


kasut

kek

bahan rujukan

buah

sireh junjung, ikut adat la sikit-sikit
jeans

samping + songkok + cincin
7 berbalas 5

perjalanan majlis.








Konvo kali ke -3

Konvo yang macam tak perasaan sangat. biasa jer alasan utama sebab tak de sapa pun datang. Mak tak dapat datang sebab mak nong tak sihat tapi tak pe la..helmi ada datang..hihihii....konvo [un dah kali ke -3 tapi nervous nak naik pentas tetap ada. Untuk batch aku (geng 5 orang) just aku, shida n teq je konvo. 2 orang kawan lagi dia hold dulu thesis sbb maybe nak jaga pointer n nak focus subjek dulu.
So conclusion selepas konvo Master ni bleh la di katakan taubat la nak sambung study lg buat masa terdekat ni. Maybe banyak lagi ilmu lain yang perlu di perbaiki dan dipelajari terutama ilmu akhirat (tak gitu)..
Enjoy gambar as usual.


shida & Teq

outdoor by BF shida


Thanks awak datang




Category: 0 comments

0 comments: